APA ITU PENGURUSAN KUALITI (QMS) MS ISO 9001:2015

SISTEM PENGURUSAN BERINTEGRASI MBMB

Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 adalah satu standard yang menyatakan sistem pengurusan kualiti yang berkesan. Dengan adanya sijil ini, sesebuah organisasi menunjukkan bahawa barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dan disediakan kepada pelanggannya dihasilkan mengikut piawaian yang diterimapakai di peringkat antarabangsa



APA ITU PENGURUSAN KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN (OHSMS) MS ISO 45001:2018

SISTEM PENGURUSAN BERINTEGRASI MBMB

Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan adalah satu standard rangka kerja yang disediakan untuk meningkatkan prestasi keselamatan,dengan menguruskan dan mengurangkan risiko berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja serta memanfaatkan sepenuhnya pengurusan kesihatan dan keselamatan yang berkesan



APA ITU PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMS) MS ISO 14001:2015

SISTEM PENGURUSAN BERINTEGRASI MBMB

Sistem Pengurusan Alam Sekitar adalah satu standard yang berorientasikan proses aktiviti kerja untuk mengawal dan menguruskan risiko dalam mengurangkan impak yang serius kepada alam sekitar



APA ITU PENGURUSAN ANTI RASUAH (ABMS) MS ISO 37001:2016

SISTEM PENGURUSAN BERINTEGRASI MBMB

Sistem Pengurusan Anti Rasuah adalah satu standard yang menjadi sistem kawalan dalaman sesebuah organisasi secara sukarela bagi mengesan,mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambahbaik langkah pengurusan anti rasuah secara berkesan



HUBUNGI KAMI


SEBARANG CADANGAN MENGENAI SISTEM MYSPB BOLEH DISALURKAN KEPADA :


Jabatan Teknologi Maklumat (JTM)


Puan Norharyatie Binti Karib : 06-2859743

Your Message was sent successfully

Your Message was not sent successfully